29 September 2010

Jahatnya Kamu


Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


22 September 2010

Malang, kisah aku dan dia....


Hasratku meminta
Kudrat tak berdaya
Kilas pertemuan kita

Saat manis itu
Menjadi terharu
Aku pun keliru
Kita tiada lama

Sepanjang malam kenangan
Aku membelaimu sayang
Dikota yang malang
Hatiku dicengkam malang

Walau mata baru terpejam
Seakan lama kau telah ku pandang
Bertahta lena dipuncak bahagia

Terjaga aku tanpa dirimu
Didalam kota yang malang
Aku malang tersisih cinta

Tinggal hanya bayangan
Dan kusimpan kenangan
Kau dimana...
Tiba menghilangkan dirimu

Inginku memburumu
Di kotamu yang bisu
Di sini malamnya
Terasa membeku
Malang oh malang

03 September 2010

Laman Ilmu - Sihir


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Panduan Elak Diri Dari Sihir

( petikan dari jawapan soal jawab majalah I keluaran Oktober 2006)

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman


Soalan : -


Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan.
Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya
mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.


Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir
saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa
barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.


Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan
sihir seperti ini.


- Siti Hawa, Kajang.




Jawapan :


Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi
SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan
berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun
kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)


Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan
kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :


" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas
mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)


Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang
beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)


Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa
fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ...
Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah
dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di
negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum
mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia
mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan
mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka
pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT :
"..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-

Ertinya firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan
mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :

Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta
anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (
tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-


1) Al-Fatihah.


2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan
(surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi,
Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (
Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari
memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang
mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-
Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)


4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala
Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan
nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah
maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih
Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)


5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka
2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)


6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala
kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu
bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha
berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di
hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya
sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosadosa
besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW ,
no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)


7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"


Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang
maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim
Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

01 September 2010

Nilai RM5


Assalamualaikum... hayatilah cerita ini moga dapat jadi pengajaran dan tauladan kepada kita insyaallah....

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung
graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya
makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap
radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus
kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan
bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan
jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek
dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai
seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk
sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa
gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.
Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti
mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku
sedikitmarah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti
takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di
bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan
dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana
aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula
bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti
ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia
menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk,
meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.
Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.
Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.
Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak
mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah
seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas
hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah
cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi,
sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu.
Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah
pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia
bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah
bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil
wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan
terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku
memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak
pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras
diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untu k duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu,
ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku
melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu
dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing
dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5
dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada
duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungk in..
Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan
akudengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang
sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg
plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan
terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi
dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis,
dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah
ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih
tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu oran g. Harga
diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah
memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang
tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,
berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu
menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan
sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan
kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah
ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke
tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik,
jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit
di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung
lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh
membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu
yang ada dalam diri orang tua itu.