11 November 2013

MAAF

Syaitan akan sentiasa menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri setiap manusia. Pertembungan dua unsur iaitu pemaaf dan nafsu kemarahan merupakan dua perkara yang saling ingin menguasai menyebabkan memberi/memohon maaf itu amat berat dilakukan. Antara kisah yang paling masyhur mengenai sifat pemaaf ialah kisah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW yang telah diracun seorang perempuan Yahudi dengan meletakkan racun itu kepada daging kambing panggang yang amat digemari Baginda. Walaupun sahabat Baginda, Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan Yahudi itu, Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya. Malah Baginda berdoa kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya perempuan Yahudi itu memeluk agama Islam. Biarpun kita hanya insan kerdil, tapi kita yakin semua kita adalah berjiwa besar. Jom kita sama-sama mencontohi Nabi Agung kita, Nabi Muhammad SAW.

18 Julai 2013

Khasiat Jambu Batu

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Sebiji jambu batu atau guava mengandungi 5 kali ganda vitamin C berbanding buah oren dan adalah paling tinggi vitamin C di kalangan buah-buahan sitrus. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan potassium bagi mengawal tekanan darah. Selain itu, jambu batu mengandungi zat besi, fosforus, Pengambilan 90gram sudah lebih dari cukup untuk keperluan vitamin C untuk orang dewasa. Ia juga membantu pertumbuhan tisu kulit yang licin dan sihat.
Jambu batu juga berfungsi sebagai anti-oksidan seperti buah-buahan yang lain.

Beginilah bagaimana hebatnya khasiat buah-buahan tempatan yang tidak dipedulikan oleh orang ramai. Malah tinjauan saya di pasar-pasar Ramadan beberapa hari mendapati masyarakat Malaysia terutama sekali orang Melayu lebih memilih minuman campuran pewarna kimia dan berasaskan susu yang berlemak dan kandungan gula yang ting