17 Jun 2014

sampaikan walau sebaris ayat

Ungkapan daripada Imam Asy-Syafie sememangnya ada kebenarannya.Adalah sesuatu yang sia-sia jika kita berdebat dengan seorang yang tidak memahami tentang landasan ilmu apatah lagi yang tidak pernah menadah kitab, mengadap seorang guru untuk mendapatkan ilmu.Golongan seperti ini hanya menggunakan akalnya yang cetek dengan dikuasai oleh nafsunya sendiri bagi menegakkan kebenaran tanpa ada nas Al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi bagi menyokong perkataan mereka.Dalam satu Hadis Nabi melaknat mereka yang tidak memperdulikan seruan azan untuk menunaikan solat.Ini jelas bahawa setelah Islam tersebar dengan luasnya, maka tidak sepatutnya ada di antara umat Islam yang tidak mahu lagi melaksanakan solat.Jika seseorang yang bersolat sendirian di rumah pun, diancam oleh Baginda Nabi untuk membakar rumah-rumah mereka apatah lagi dengan meninggalkan solat dengan sengaja dan tidak pernah Nabi mendoakan kebaikan kepada yang meninggalkan solat dengan sengaja setelah perintah solat difardhukan kepada umat Islam.

Baginda Nabi juga telah mengingatkan kita tentang munculnya golongan munafiq yang hanya pandai berbicara tanpa bersumberkan kepada ilmu.Mereka ini juga menunaikan solat, berpuasa tetapi perbuatannya banyak dicemari dengan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak, perkataannya lebih banyak berdusta, seringkali mengingkari janji-janji yang dibuat, tidak amanah dengan sesuatu yang diberikan kepadanya, maka golongan ini amat berbahaya dalam masyarakat kerana pendustaan yang dibuat dengan menokok-nambah bahan-bahan cerita sehingga boleh mempengaruhi oranglain.

16 Mei 2014

SEMPENA HARI GURU - PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

      Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

     Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam.

     Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu Maha Mengetahui. Insya'Allah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan  untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..

"Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian"

Dari As Syeikh Nasir bin Muhamad Asmarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menyebut dalam bab wara’ bahawa tanda-tanda wara’nya seseorang manusia itu ada sepuluh iaitu;

1- Menjaga lidah dari ghibah.

2- Meninggalkan pekerjaan suka kepada buruk sangka.

3- Meninggalkan amalan suka menghina orang lain.

4- Sentiasa memejamkan mata dari melihat benda yang haram.

5- Sentiasa berkata benar.

6- Mengingati dan bersyukur di atas nikmat yang diterima.

7- Membelanjakan hartanya ke jalan yang benar.

8- Tidak mengharapkan kedudukan duniawi dan tidak sombong.

9- Menjaga solat lima waktu dengan penuh kesempurnaan.

10- Mengikut sunnah dan menyertai jamaah.


 Wallahua’lam.