Assalamu'alaikum &
Salam Sejahtera...
Sebiji jambu batu atau guava mengandungi 5 kali ganda vitamin C
berbanding buah oren dan adalah paling tinggi vitamin C di kalangan buah-buahan
sitrus. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan potassium bagi mengawal tekanan
darah. Selain itu, jambu batu mengandungi zat besi, fosforus, Pengambilan 90gram
sudah lebih dari cukup untuk keperluan vitamin C untuk orang dewasa. Ia juga
membantu pertumbuhan tisu kulit yang licin dan sihat.
Jambu batu juga berfungsi sebagai anti-oksidan
seperti buah-buahan yang lain.
Beginilah bagaimana hebatnya khasiat
buah-buahan tempatan yang tidak dipedulikan oleh orang ramai. Malah tinjauan
saya di pasar-pasar Ramadan beberapa hari mendapati masyarakat Malaysia terutama
sekali orang Melayu lebih memilih minuman campuran pewarna kimia dan berasaskan
susu yang berlemak dan kandungan gula yang ting