"Memang payah untuk kita menilai orang lain.. Tapi untuk menilai diri kita sendiri jua kadang-kadang jauh TERLEBIH payah dari itu.."
15 Jun 2009
Masihkan ada kemaafan dari mu
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:
DEAR________ _,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA. SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.
SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.
SALAM KASIH SAYANG,
____________ ____
KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA. KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.
PENGAJARANNYA:
SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI.
KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.
KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI SURAT INI..
DENGAN ITU SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA
SEPANJANG PERKENALAN KITA ADA PERLAKUAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK DISENANGI
DI HATI KALIAN SEMUA.
I'M THANKFUL U'RE MY FRENZ!....
JANGAN ABAIKAN 5 PERKARA

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya:
1- وجه جميل
1: Wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2: Duit yang banyak
3- صحة قوية
3: Kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4: Anak-anak yang cerdik dan ber jaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasullah s.a.w ,
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat Subuh , tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat Zohor , tiadalah padanya rezeki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar , tiadalah padanya kekuatan badan
dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib , tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak , tiadalah padanya tidur yang nyenyak
Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri
Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Lakukan aktiviti fizikal
- Belajar menangani stres
Faedah cara hidup sihat:
- Meningkatkan status kesihatan anda
- Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
- Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
- Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Makan Secara Sihat
- Nikmati pelbagai jenis makanan
- Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
- Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
- Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian::
| Bijirin, produk bijirin dan ubi | |
| |
| Sayur-sayuran | Buah-buahan |
|
|
| Susu, dadih dan keju | Ikan, ayam dan daging |
|
|
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik) .
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
- Melengahkan-lengah
- Minum banyak air
- Menarik nafas panjang
- Membuat sesuatu
- Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
- Mengunyah sesuatu
- Membasuh tangan
- Mandi dengan kerap
- Melakukan senaman regangan
- Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
- Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
- Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
| AKTIVITI RINGAN | AKTIVITI SEDERHANA |
|
|
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
| F | Frequency : (Kekerapan) | 3 – 5 kali seminggu |
| I | Intensity (Effort) : (Kehebatan) | Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa. |
| T | Time : (Masa) | Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan. |
| T | Type : (Jenis) | Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal. |
Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
- Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
- Bertenang... kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
- Kenal pasti kenapa anda marah
- Cuba dengar penjelasan orang lain
- Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
- Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
- Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
- Berfikir secara positif
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
- Belajar menyukai diri sendiri
- Belajar bertenang
- Adakan hobi
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
- Dapatkan tidur yang cukup
- Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
- Bersifat tegas/asertif
- Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


