11 Februari 2011

Kelahiran dan Kewafatan Baginda s.a.w


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Selamat menyambut Maulidurrasul pada 15.2.2011.


Nama baginda s.a.w

1. Abu Al Qasim { ayah kepada al Qassim}
2. Muhammad { yang selalu dipuji}
3. Ahmad {nama yang terdapat dalam Taurah dan Injil}

Nama julukan yang masyhur

1. Al Mahi { yang melenyapkan kekafiran}
2. Al Hasyir { Yang mengumpulkan manusia dengan kedua kakinya}
3. Al ‘Aqib { Yang terakhir, tidak ada nabi selepasnya}
4. Al Muqaffa { yang dihormati}

Nasab Baginda dari Adnan

Muhammad s.a.w bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An Nadhar bin Kinanah bin Khazimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’ad bin Adnan

Tahun kelahiran

Terdapat empat pendapat menentukan tarikh kelahiran tapi bersepakat pada bulan Rabi’ul Awal

1. 2hb Rabiul Awal
2. 8hb Rabiul Awal
3. 10hb Rabiul Awal
4. 12hb Rabiul Awal

Kisah kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w

§ Mengikut pendapat yang sahih, ibu baginda Aminah binti Wahab telah mengandung dalam masa 9 bulan.

§ Berkata Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktuku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi:”sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin”

§ Semasa Aminah melahirkan Nabi Muhammad s.a.w beliau telah melihat cahaya keluar dari dirinya yang dapat menyinari bumi Syam.

§ Berkata Ibn Al jauzi : Muhammad bin Sa’ad telah meriwayatkan dari segolongan ahli ilmu bahawa Aminah telah menceritakan bahawa ketika baginda s.a.w lahir baginda jatuh ke tanah dengan bersandarkan pada kedua tangannya

§ Berkata Ikrimah: Aku melihat bayi tersebut (Muhammad s.a.w) pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.

§ Berkata Abbas bin Abdul Mutallib : Rasulullah s.a.w dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan dan telah dipotong tali pusatnya

§ Sebelum kelahiran Nabi s.a.w api yang disembah oleh penganut agama Majusi telah terpadam dengan tiba-tiba serta gereja-gereja di sekitar tasik sawah juga turut runtuh.

§ Diceritakan bahawa iblis telah berteriak dengan empat kali teriakan :
1. Dia berteriak pada waktu Allah melaknat dan mengusirnya
2. Dia bereteriak pada waktu dihalau dan diturunkan dari Syurga
3. Dia berteriak pada waktu lahirnya Nabi Muhammad s.a.w
4. Dia berteriak ketiak surau AL Fatihah diturunkan

Kewafatan baginda s.a.w

§ PERMULAAN SAKIT.

Di hari kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11) hijrah, pada hari Isnin, Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'. Dipertengahan jalan sekembalinya dari al-Baqi', Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut merasai kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda yang mulia itu.

§ MINGGU TERAKHIR

Sakit semakin memberat, membawa Rasulullah bertanya isteri-isterinya; "Di mana giliran ku besok? Di mana giliranku besok?". Semua mereka memahami tujuan Rasulullah (s.a.w) itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah, Baginda berjalan di antara al-Fadlu bin al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah Baginda memasuki rumahnya, di situ Baginda menghabiskan baki umurnya yang seminggu itu.

§ LIMA HARI SEBELUM KEWAFATAN

Pada hari Rabu iaitu lima hari sebelum kewafatan, kepanasan badan Rasulullah semakin meningkat, di mana Rasulullah (s.a.w) semakin bertambah sakit dan pening-pening menyebabkan Baginda menyuruh dengan sabdanya yang bermaksud: "Curahkan ke atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga supaya dapat ku keluar menemui orang ramai dan aku boleh bertemu dengan mereka". Dengan itu maka yang hadir di situ membiarkan Rasulullah duduk di atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruh badan Rasuiullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata: "cukup, cukup".

§ EMPAT HARI SEBELUM KEWAFATAN

Di hari Khamis iaitu empat hari sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda telah meminta dengan katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat kamu semua bingkisan, di mana kamu tidak akan sesat lepas itu". Walau pun nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus mengimami solat , hingga ke hari Khamis empat hari sebelum Baginda wafat. Di hari itu Baginda bersembahyang maghrib dengan membaca surah "al-Mursalat ".
Semasa sembahyang Isya' sakit Baginda bertambah berat, menyebabkan Baginda tidak terdaya untuk keluar ke masjid, kata Aisyah: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apakah orang ramai sudah sembahyang?". Kata kami: "Tidak wahai Rasulullah, mereka semua sedang menunggu tuan hamba". Kata Baginda lagi: Sediakan air di dalam talam itu". Kami pun berbuat mengikut seperti suruhan Baginda, dengan itu Baginda pun bersuci, dan bangun namun Baginda telah pitam di situ kemudian sedai bertanya pula: "Apakah orang ramai sudah bersembahyang. Kejadian pitam ini berulang kali berlaku seperti yang pertama iaitu selepas Baginda bersuci, akhirnya Baginda suruh Abu Bakr bersembahyang mengimami orang ramai.

§ SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM WAFAT

Di hari Sabtu atau Ahad nabi (s.a.w) merasa dirinya ringan sedikit, justeru itu Baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang untuk bersembahyang Zohor, sedang Abu Bakr mengimami orang ramai.

§ SEHARI SEBELUM WAFAT

Pada hari Ahad iaitu sehari sebelum wafat, Rasulullah (s.a.w) memerdekakan kesemua hamba sahaya, bersedekah dengan tujuh dinar yang Baginda miliki pada ketika itu, semua senjata-senjatanya diberikan kepada kaum muslimin. Di malam berkenaan Aisyah meminjam minyak untuk menghidupkan lampu dari jirannya, baju besi Rasulullah s.a.w tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh cupak gandum.

§ HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA

Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu
Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang. Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah (s.a.w) namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain. Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum". Selain dari itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat
beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah (s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini". Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka. Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu". Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini berkali-kali.


§ NAZAK

Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut : Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi. Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali". Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

09 Februari 2011

Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan


Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.

07 Januari 2011

Solat atau sembahyang???


Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

10 Action Steps To Motivate Yourself To Success In Life


The following are ten motivation action steps you can take to motivate yourself in work, business, and life:

1. Positive Affirmations for Success
Our subconscious mind is a wonderful tool for success or failure. It will do what we tell it to do. It all depends on what thoughts we feed it. So why not feed your inner mind with only positive thoughts. The following are some examples of positive affirmations you can feed your inner mind for success:
§ “Today, I will win because I have faith, courage and enthusiasm.”
§ “I see failure only as a signpost on my road to success.”
§ “When I feel stress, I will relax and release my stress before I take on my next task.”
§ “I always write down my priorities, thinking of my responsibilities. I may not get everything done, but I will do the most productive thing possible at every given moment.”
§ “I am a winner, I work for a winning organization, and because of my contribution and cooperation we will keep on winning.”
§ “Today, I will see opportunity in every challenge offered to me.”

2. Positive Language for Success
Recent research has come out that 75% of daily conversation is negative. Whether it is the words we use or the body language, we need to communicate in a positive manner all the time.
The following are some examples of how you can turn negative words into positive communication:
§ Instead of saying “problem,” call it “opportunity.”
§ Instead of an action being a “failure,” describe it as a “learning experience.”
§ Instead of “I have to,” say “I choose to.” This gives control for your actions back to you.
§ Instead of saying, “There’s nothing I can do,” say, “Let’s look at our alternatives.”
§ Instead of saying, “That’s just the way I am,” say, “I choose a different approach.”
§ Instead of saying, “He makes me so mad,” say, “I control my own feelings.”
If you notice, by using the positive response, you have control over your actions and life.

3. Exercise for Success
A Gallup survey found the following among men and women who have taken up exercise recently:
§ 66 percent report a more relaxed life
§ 62 percent a new surge of energy
§ 55 percent less stress
§ 51 percent better looks
§ 46 percent more confidence
§ 45 percent better love life
§ 44 percent greater job satisfaction
§ 37 percent more creative on their jobs

These are great motivators to exercise! Next time you feel demotivated, give your body a workout. Recent research reports that as little as fifteen minutes three times a week has profound effects. Get moving. Get motivated.

4. Take Risks for Success
We all live our lives in comforts zones, avoiding risky situations, avoiding the potential to fail. It’s real safe for us. But in order to get ahead of your competition and master the ongoing change in your life, you must go out of your comfort zone. Start one step at a time. Try that little new thing, that different approach. It could be as simple as taking different routes to and from work. Once in a while I like to “take the road less traveled” to stir up my creative juices. Then, keep stepping out of your zone. It may seem uncomfortable at first. But the more you do it, the more it will seem natural and you will see an increase in your creative juices and opportunities you never thought about before.

5. Positive Reading for Success
Read about the lives of successful people. Make sure you read only those people that embrace the timeless values that make them truly successful through the ages. Not the “success today, scandal tomorrow” success stories that we are experiencing today. People like Herb Kelleher of Southwest Airlines, Fred Smith of Federal Express, Mary Kay Ash of Mary Kay, Benjamin Franklin, Abraham Lincoln, Mahatma Gandhi, and Dr. Martin Luther King, Jr. are good examples. These are people who overcame enormous challenges, created real value for others, or changed other people’s lives for the better.

6. Positive Visualizations for Success
Condition yourself to paint your vision for success. One of the best ways to do this is the following:

§ Go to a quiet place in your home or elsewhere. Turn off all radios, televisions, etc.
§ Find a comfortable chair and get into a relaxed state of mind.
§ Start thinking about one goal you want to accomplish. Remember, visualize as if you are already accomplishing this goal.
§ Visualize taking all the necessary steps to successfully complete these goals. The better your visualization, where you can actually see, feel, hear, and touch your vision, the more real it is to you.
§ Visualize any challenges to your successful completion of this goal and how you will eliminate this challenges.
§ Visualize how good it feels to complete this goal. Visualize what benefits it will bring to you, your family, friends, co-workers, etc. Enjoy the moment!

Important: If you don’t take time to see it, it won’t happen!

7. Think Big for Success
See the big picture in everything we do. So much of our time is wasted dealing with the unimportant things in our lives (what that person said or did, the driver who cut us off this morning, and activities which don’t add value to our lives, etc.) that we forget about the big picture. We were put on this earth to make a difference. We make a difference for our families, our communities, our organizations, and for ourselves. All of our actions must be put into action with this concept in mind. Think a little bigger today than yesterday, and you’ll create a better future tomorrow. Thinking big leads to great actions. Thinking small leads to small results. So Think BIG!

8. Set Goals for Success
The fastest way to fail in life is to not set clear goals. Set goals in the financial, family, health, spiritual, and career areas. Your goals must incorporate the SMART techniques or else it’s just a “conversation in the park.”

§ S for specific
§ M for measurable
§ A for attainable
§ R for realistic
§ T for time-based

For example, you might have a goal of achieving $2 million for retirement in twenty years. After doing your research, a SMART goal would be the following:

“I will acquire $2 million dollars for retirement by 2024. I will do this by contributing $20K, or $1667 per month, to my various retirement funds each year. Of the $20k each year, $2k will go to my IRA, and $18K will go into my organization’s retirement program.”

Remember the most detail you can add, the more realistic your goal becomes.

9. Positive Appearance for Success
Super achievers are very careful about their appearance and their movements. They know that looking good translates into feeling good. Billy Crystal, of Saturday Night Live and movie fame, once played a character that was known for saying, “It is better to look good than to feel good.” What he was really implying was the “fake it until you make it” concept. In other words, if we are feeling down, then think positively and your mind will tell your body to follow suit and act positively. Also always dress the part of an achiever. Model the dress, actions, and behaviors of someone who is successful and embraces the long term values of successful people. This will also tell your mind that I am an achiever.

Don’t let that be the deciding factor on being motivated. You can easily distinguish those who are motivated from those who are not motivated just by looking at their appearance and their movements. The motivated move forward, onward and upward with confidence.

10. Helping Others for Success
Develop an obsession to help others. Share your special talents without expecting a reward, payment, or commendation. And above all else, keep your good deed a secret.

You know what, it you apply the helping techniques to others, it will automatically come back to you tenfold in a number of ways. First, the enjoyment of knowing that a special talent you had made someone else’s life better. Second, because you didn’t seek it, word will spread about you and your deeds. This will be translated into unexpected riches and opportunities. Third, you will gain a new level of confidence in knowing that you can make a difference. Super achievers find motivation and meaning by helping others.

’Nota Hati Seorang Lelaki’



Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ini....” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah...” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
”memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ’perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!