28 Julai 2010

Biarlah gambar berkata jika ia cinta...





RINDUKANLAH UNTUK MENYEMPURNAKAN AMAL...


Saudaraku yang baik,

ketahuilah, syaitan itu berupaya menghancurkan amal kita pada tiga bahagian, yakni sebelum, sedang, dan sesudah. Sebelum beramal ditipu olehnya supaya kita mengurungkan niat untuk beramal. Ketika sedang beramal, ditipu olehnya supaya amal kita tidak sempurna. Ketika sudah beramal pun, ditipu olehnya supaya kita riya’ dan ujub, ingin amal itu dilihat dan dipuji orang.Hendaknya kita amat waspada menghadapi tipuan-tipuan syaitan semacam ini. Kita harus menjaga sekuat-kuatnya ketiga moment amal tersebut. Dan kuncinya adalah sempurnakan ikhtiar baik saat berniat, saat melakukan, maupun saat amal itu selesai ditunaikan.Manakala terdengar azan dikumandangkan dari masjid, waspadalah syaitan akan segera menasihati, “Tunggulah sebentar lagi sampai azan selesai.” Segera tepiskan bisikan itu dan pergilah ke masjid! Kerana, boleh jadi umur kita akan berakhir sebaik azan selesai. Kalau tidak segera solat, bahaya. Bimbang kita su'ul khatimah.Ketika sampai di masjid, waspadalah syaitan akan kembali menasihati, “Duduknya dekat tiang saja supaya boleh bersandar kalau mengantuk.” tidak! Shaf pertama adalah shaf yang paling utama. Kejar dan sempurnakan ikhtiar kita!Ketika usai mendirikan solat, waspadalah pula syaitan tak akan lelah untuk menasihati. Terjanglah godaan itu dengan cara menyempurnakan solat kita dengan wirid, zikir, doa, dan solat sunnah ba'diyah (kalau ada).Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada guna. (QS. Al Mu'minuun (23): 1-3)Manakala melihat orang-orang lain bergegas keluar dari masjid sebaik selesai sahaja solat, hati-hati. Syaitan tak akan segan membisiki hati, dengan perasaan ujub dan takabur. Hati pun serta merta akan memberi tanggapan. “Lihat orang-orang itu benar-benar tergoda oleh syaitan. Mungkin, imannya lagi lemah.” Ini meremehkan orang lain. Hakikatnya kita yang terjebak oleh tipu daya syaitan.Pendek kata, peliharalah agar kita tidak menjadi riya’, dan sombong dengan amal-amal kita. Caranya dengan menikmati ikhtiar yang sungguh-sungguh dalam menyempurnakan setiap amalan kita.Tampaknya amalan-amalan yang demikianlah yang akan membuat Allah mengurniakan ilmu lanjutan, yakni ilmu yang sebelumnya tidak kita ketahui. Ini hikmah lain dari ikhtiar yang sungguh-sungguh dalam menyempurnakan setiap amal. Kerana, “Barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya dengan sebaik-baiknya, nescaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang lain yang belum diketahuinya.”Jadi, kalau kita ingin menjadi ahli ilmu yang luas, maka kuncinya adalah dengan berjuang menjadi ahli amal yang disempurnakan dan dijaga mutunya. Jangan tergiur oleh banyaknya amal, tetapi rindukanlah mampu menyempurnakan amal-amal kita.


01 Mac 2010

Tidur2 Yang Sunat Dikejutkan


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Penjelasannya- --> sebaiknye perlukan teman cz keadaan memudahakn gangguan syaitan n mengelak perkara2 yg x diingini berlaku... @pn mgkin terlajak tdo waktu solat...

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

11 Februari 2010

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut


Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di
Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca
surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i) Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (
dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.

ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi
ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Wassalam.

Mengantuk lepas makan


KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitivit i terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan