30 Julai 2010

Bermimpikah aku..

Aku masih rasa macam dalam alam mimpi
Walau dah bangun sejak pagi tadi
Perasaan apa ni.....

Bila perkara yang tak disangka2 muncul
Aku pun tak tahu apa reaksi sepatutnya
dan apa yang akan berlaku...
Semua urusan ini Aku letakkan pada-Nya
Sebab pilihan Aku sentiasa tak tepat
Tak nak perkara yang dielak terjadi lagi...

MEMORI CINTA AMATLAH INDAH.....




"Siapa yang pernah bercinta
akan bercerita kisahnya tanpa henti..."
*****
Memori cinta amatlah indah dan ia adalah antara perkara yang paling sukar untuk dilupakan sepanjang hayat. walaupun akhirnya cinta itu membawa kecewa, insan akan ingat pada detik-detik gembira dan bahagianya; lalu kesalan muncul pula mendramakan memori, membawa emosi dari gunung-ganang yang tinggi ke lurah-lurah yang paling mendalam.
'Mana bisa aku lupa padamu!', kata insan yang pernah longlai dan lena oleh belaian cinta kasih. Saat dicintai adalah saat puitis dan romantis. Dalam kehidupan seharian, anda tidak akan menjadi sebegitu halus memilih kata-kata berbanding ketika anda mahu mengungkapnya kepada kekasih. Walaupun anda tidak pandai berpuisi atau mengungkapkan kata nan indah, anda akan memilih hanya ungkapan terbaik untuk kekasih anda.
Kisah cinta merupakan cerita yang paling mudah anda ingati, tetapi paling payah untuk anda ungkapkan betapakah manisnya perasaan anda ketika itu. Malah bijakpandai ada berkata bahawa saat itu dirasakan lebih manis masa ini, kerana anda tidak berpeluang lagi menikmatinya.
*****
"Aku Cinta Padamu. Itu Yang Aku Tahu."

Hanya aku yang tahu....


Aku HANYA ingin kita berdua


dari HATI jatuh ke HATI ..


BIAR kita sahaja yang tahu ERTI semua ini...


IZINkan aku terus menatap raut wajahmu


kerna itu aku bisa tenang ..


IZINkan aku mendakapmu seeratnya..


Agar dapat dirasa getar kasihku


Dan IZINKANLAH aku mencumbuimu sedasarnya


kerna separa nyawaku dalam nafasmu..


BERDUA denganmu kudamba selalu walaupun hanya mimpi..


KENANGAN TERINDAH kita ku jadikan sebuah cerita dialam hayalku


KERNAMU jiwaku meronta kesakitan apabila dirimu membisu,


JUGA batinku TAK tenteram bila dirimu berlalu..


KERNAMU malamku kesianganku tak menentu..


KERNAMU masaku bercelaru...


AKU rayu pada jiwamu usah biar aku terseksa merindu.....




29 Julai 2010

Mampukah sahabat tanpa cinta???




Mampukah Persahabatan tanpa Cinta?

Mampukah Cinta tanpa Persahabatan?


Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, ?Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang lelaki dan wanita.
Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perusak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda.
Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perusak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Buat teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Buat teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Buat teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan, cubalah memulai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti bahawa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.
Buat teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan. Renungkanlah;?Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar??Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan.

Doa



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56:
Maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik."
Ketika menjelaskan perkara yang sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Mafhumnya: "Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan". (Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang. Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia akan sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.
Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: " Wahai Sa'ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya". (Hadith Riwayat Thabrani)
Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab-adab tertentu. Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadith, antara lain adab berdoa itu ialah:
Pertama : Suci dari hadas besar dan kecil,
Kedua : Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW,
Ketiga : Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengkabulkan doa sama ada cepat atau lambat,
Keempat : Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa; dan
Kelima : Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturrahim, kerosakkan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda
Mafhumnya: " Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab".
Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadith Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: " Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi". (Riwayat Tirmizi)
Dipetik daripada Khutbah Jumaat oleh JAKIM