Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua
selepas
mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia
dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza W
ajalla juga secara tegas mengharamkan
segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada
atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah
s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat
baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sa
mpai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduany
a sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia.” (Surah al-Israa’:23)
Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan
yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka
tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering m
enyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu
yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau
ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau
ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian
pun, kita akan menyebut nama ibu.
Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana
ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang
menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang
mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis
dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai
dengan pengorbanannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan
atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu;
dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Fahamilah bahawa
ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan
kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta
demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa
ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang
pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak.
Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu
bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya
jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.
Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan
sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah
tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya
dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar:
Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa
bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi
tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas
ketika kesakitan melahirkan kamu.
Hari ini kita seharusnya
merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh
segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan
kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka
dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu
tanpa khabar berita, mengherdik ibu,
mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada
yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang
berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri
yang sebenarnya ada keberkatan.
Insaflah, perbuatan menderhakai ibu
bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di
dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan
begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla.
Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka
Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat
Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya
telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Marilah kita
bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah
mereka dan carilah keredhaan mereka serta
perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan
memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya
dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh
Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)