29 Mac 2018

Proses Kahwin 2 dekat siam @Thailand

Proses Nikah Di Siam
( Pasangan Malaysia )

Day 1
( Ahad - Khamis )
8.30 - 4.00

1. Pasangan
2. Passport
3. Gambar ukuran passport
4. Surat cerai jika janda
5. Mas Kahwin
6. Bayaran Nikah Majlis Agama Thb4000-Thb5000
*** Urusan Sah dilakukan di Majlis Agama Satun,Songkhla,Yala,Narathiwat dan Pattani saja.

Day 2
Daftar Di Konsulat Malaysia Songkhla
( 8.00 - 12.00pm saja )

1. Bawa Dokumen dari Majlis Agama
2. Ambil Nombor
3. Serah Dokumen
4. Isi borang
5. Serah borang dan tunggu esok petang untuk buat collection

Day 3
Konsulat Malaysia Songkhla
( 1.00 pm - 3.00 pm )

1. Ambil Nombor
2. Mengambil borang untuk proses pendaftaran di Malaysia
3. Balik ke Border
4. Selesai urusan passport di Thai dan Malaysia
5. Line telefon masuk
6. Bini miskol berpuluh kali
7. Bini kol tanya ( abang pi mana 3 hari off hp )
8. Mula nak muhong
9. Perang kecil meletus
10. Mood honeymoon hilang
11. Tok Laki mula takut nak balik rumah

Day 4
1. Bini muda Whatsapp tanya abang bila nak balik sini.
2. Tok laki mula muhong

Day 5

1. Tok Laki mula beredar dari rumah tidur bersama jemaah tabliq di Masjid.
2. Tidur malam bermimpi Anu kena potong

**** SAJA CARI SAKIT ***""
#SuratBawahPintu

26 Mac 2018

Apa Yang Aku Faham Dalam Perjuangan Tun M

Tun bukan nak jadi PM balik. Dia cuma sedih tenguk negara yang dia bangunkan jadi rosak kerana kerasukan najib and the kroni. Dia dah tua patut kurangkan berfikir. Dia cuma nak bela nasib melayu dengan nasib rakyat yang pernah pilih dia meminpin je beb.

Dia dah cukup kaya. Anak beranak dia pon kaya raya. Dia taknak apa dah. Dia cuma nak malaysia ni dipimpin balik dengan betul itu ajer. Takda sapa yang boleh buat dan berani menentang Najib melainkan Tun M.

Tun M memang dah tua tapi Dia nak pertahankan negara sampai hujung nyawa dia. Biar mati pertahankan negara dari diam tak buat apa macam Pak Lah.

19 Mac 2018

Pesanan Imam Syafe'i

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia
tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah
dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Sembang Kencang


Kusut


Anak Tirikah kita