14 September 2018

Wahai Melayu


Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...

HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

pedih menyengat.....
Sajak a samad said..
#SuratBawahPintu

Pernahkah kita terfikir...???

Pernah terfikir jika hari ini anda buat posting kutuk dan menjatuhkan orang lain. Maka, ramailah orang-orang yang suka membawang turut komen dan siap label kan orang dengan gelaran yang tidak baik.

Tiba-tiba esok anda mati. Mati mengejut tanpa sebarang signal dari اللّهُ swt.

Rupa-rupanya apa yang anda kutuk dan jatuhkan orang tu semuanya fitnah. Tidak ada orang pun yang boleh tolong untuk delete posting tersebut sebab password sudah pergi bersama-sama anda ke dalam liang lahad.

Apa yang anda boleh lakukan untuk betulkan keadaan? Nak bangun dari kubur memang mustahil. Pernah terfikir kalau benar-benar terjadi? Tak jadi tak apa. Tapi kalau jadi?

Sebab itulah.. Fikir masak-masak sebelum buat posting di Facebook. Ajal kita semua hanya Allah swt yang tahu.

Sahabat,

Zaman sekarang zaman fitnah. Facebook juga adalah satu alat yang mudah dan cepat untuk menabur fitnah. Memang sedap menulis posting mengutuk orang lain, memang seronok mengajak orang lain mengherdik orang orang lain.

Namun ingatlah,

Facebook bukan medan untuk menambah dosa. Bukan juga tempat untuk buat orang lain menambah dosa. Apatah lagi untuk “judge” orang lain hanya kerana andaian yang dibuat dan juga cerita yang dibawa oleh orang lain.

Cuba tanya diri anda seketika, apa tujuan aku menulis?
Apa niat aku menggunakan Facebook setiap hari?
Share posting yang baik2...

Bukan acah-acah suci.
Bukan talam dua muka.
Bukan penunggang agama.
Bukan berlakon baik.
Bukan munafik.
Bukan play victim.
Bukan maksum.
Bukan juga daun kesum.

Hanya satu usaha saya untuk mendapat pahala dengan menulis perkara yang baik. Kerana saya juga percaya, Facebook boleh menjadi medan untuk sebarkan #KEBAIKAN. Semoga jadi sebab pahala kita mengalir di akhirat sana. InsyaAllah..

#SuratBawahPintu

04 Mei 2018

Antara Gila dan Bongok


Hari ini satu ambulance dari hospital sakit jiwa terpaksa berhenti di tepi jalan  karena tayar bocor. Waktu sedang ganti tayar , si pemandu tidak sengaja tertendang 4 skru rim ke longkang tepi jalan dan hilang.

Dengan panik si pemandu berteriak, “Waduh, cammaner nak pasang tayar kalau tak ada skrunya?!”
Salah seorang pesakit gila di dalam ambulance teriak “Bang, ambil  saja  1 skru dari setiap 3 rim lainnya, maka bolehlah terus pasang tayar tu, jadi tiap rim dapet 3 skru...boleh jalan apa. Nanti kalau ada bengkel tayar, tinggal beli 4 skru dan pasanglah bakinya “

Si pemandu langsung lega. “Pandai juga ko, Tapi kenapa ko  masuk rumah sakit jiwa ni”

Pesakit itu menjawab, “HELLOOOO!!! PLiiiis lah! Aku ini Cuma gila, bukan bonggok  macam ko !”

29 Mac 2018

Proses Kahwin 2 dekat siam @Thailand

Proses Nikah Di Siam
( Pasangan Malaysia )

Day 1
( Ahad - Khamis )
8.30 - 4.00

1. Pasangan
2. Passport
3. Gambar ukuran passport
4. Surat cerai jika janda
5. Mas Kahwin
6. Bayaran Nikah Majlis Agama Thb4000-Thb5000
*** Urusan Sah dilakukan di Majlis Agama Satun,Songkhla,Yala,Narathiwat dan Pattani saja.

Day 2
Daftar Di Konsulat Malaysia Songkhla
( 8.00 - 12.00pm saja )

1. Bawa Dokumen dari Majlis Agama
2. Ambil Nombor
3. Serah Dokumen
4. Isi borang
5. Serah borang dan tunggu esok petang untuk buat collection

Day 3
Konsulat Malaysia Songkhla
( 1.00 pm - 3.00 pm )

1. Ambil Nombor
2. Mengambil borang untuk proses pendaftaran di Malaysia
3. Balik ke Border
4. Selesai urusan passport di Thai dan Malaysia
5. Line telefon masuk
6. Bini miskol berpuluh kali
7. Bini kol tanya ( abang pi mana 3 hari off hp )
8. Mula nak muhong
9. Perang kecil meletus
10. Mood honeymoon hilang
11. Tok Laki mula takut nak balik rumah

Day 4
1. Bini muda Whatsapp tanya abang bila nak balik sini.
2. Tok laki mula muhong

Day 5

1. Tok Laki mula beredar dari rumah tidur bersama jemaah tabliq di Masjid.
2. Tidur malam bermimpi Anu kena potong

**** SAJA CARI SAKIT ***""
#SuratBawahPintu

26 Mac 2018

Apa Yang Aku Faham Dalam Perjuangan Tun M

Tun bukan nak jadi PM balik. Dia cuma sedih tenguk negara yang dia bangunkan jadi rosak kerana kerasukan najib and the kroni. Dia dah tua patut kurangkan berfikir. Dia cuma nak bela nasib melayu dengan nasib rakyat yang pernah pilih dia meminpin je beb.

Dia dah cukup kaya. Anak beranak dia pon kaya raya. Dia taknak apa dah. Dia cuma nak malaysia ni dipimpin balik dengan betul itu ajer. Takda sapa yang boleh buat dan berani menentang Najib melainkan Tun M.

Tun M memang dah tua tapi Dia nak pertahankan negara sampai hujung nyawa dia. Biar mati pertahankan negara dari diam tak buat apa macam Pak Lah.

19 Mac 2018

Pesanan Imam Syafe'i

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia
tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah
dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Sembang Kencang


Kusut


Anak Tirikah kita


09 Februari 2018

Agungnya Kekuasaan-MU


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SANGGUP HILANG APA SAJA DEMI PERJUANGAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN BAGI SELAMATKAN NEGARA!!

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SANGGUP HILANG APA SAJA DEMI PERJUANGAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN BAGI SELAMATKAN NEGARA!!
Demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran kearah selamatkan malaysia; tun dr mahathir mohamad sanggup hilang apa saja!!
Bukan saja darjah-darjah kebesaran tun dr mahathir mohamad ditarik balik tetapi pelbagai kemudahan-kemudahan lain selaku mantan perdana menteri yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara pun sanggup beliau korbankan demi kesejahteraan masa depan bangsa, agama serta tanahair yang tercinta ini!!
Yang paling penting dan utama bagi tun dr mahathir mohamad ialah perjuangan untuk menyelamatkan negara ini dari kepimpinan kerajaan kleptokrasi yang ditunjang oleh umno dan BN!!
Kepimpinan kerajaan kleptokrasi ini dipimpin oleh perdana menteri paling korup!! Ia amat merbahaya dan bakal merosakkan masa depan kesejahteraan negara secara total!!
Satu dunia tahu malaysia adalah sebuah kerajaan kleptokrasi dan perdana menteri paling korup di malaysia pada masakini pun telah disebut oleh pihak penguatkuasa undang-undang amerika syarikat!!
Menteri 'kaki bodek minda lemah otak udang' yang bernama rahman dahlan pun mengakui bahawa yang dimaksudkan MO1 oleh jabatan kehakiman amerika syarikat itu adalah najib tun razak!!
TAKKAN KALANGAN TERTENTU DI NEGARA KITA TAK FAHAM-FAHAM LAGI?! HENDAK BUKTI YANG MACAMANA LAGI?!
Saya cabar peguam negara suruh hantar 'nota bantahan' pada kerajaan amerika syarikat bagi membantah tuduhan keatas najib tun razak; apandi ali pula tak berani hendak buat!!
Apandi ali selaku peguam negara takut apa?! Kalau mereka kata DoJ memfitnah perdana menteri paling korup di negara kita; pejabat peguam negara malaysia hantar sajalah 'nota bantahan' pada jabatan kehakiman amerika syarikat!!
Saya buat laporan kes skandal 1mdb pada pdrm, sprm, bank negara dan hantar nota pada pejabat peguam negara malaysia semua tak jalan!!
Apabila saya mempunyai bukti mengenai 'pengubahan wang haram' yang bersangkutan dengan kes skandal 1mdb maka tanpa berlengah terus terbang ke singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan FBI; akhirnya orang yang melapor masuk penjara sg buloh selama 2 bulan malahan yang disyaki 'penyamun' khazanah negara masih hidup bebas secara mewah sehingga kini!!
Inilah undang-undang rimba kerajaan kleptokrasi yang amat menzalimi rakyat jelata!!
Tokoh negarawan terulung negara berjuang bermati-matian akhirnya semua yang pernah dimilikkinya pada suatu masa dahulu ditarik-balik kini!!
Tak kiralah oleh sesiapa pun!!
Namun, inilah semangat juang tun dr mahathir mohamad yang kental tanpa dapat disekat oleh sesiapapun kecuali Allah swt!!
Insya-Allah dengan izin Allah swt kali ini tsunami melayu, cina, india, iban, kadazan, suku-suku kaum asli serta keseluruhan rakyat akan berlaku untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup kearah kita bina semula malaysia baru!!
Hanya malaysia baru yang bakal ditunjang oleh Pakatan Harapan saja yang mampu menjaminkan masa depan gemilang pada kesemua rakyat malaysia!!
Demi perjuangan untuk selamatkan bangsa, agama dan tanahair; kami semua dari Pakatan Harapan akan tetap menyising lengan baju untuk terus berjuang bermati-matian sehingga kerajaan kleptokrasi tumbang!!
#LawanTetapLawan
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
9 Februari 2018
http://www.1media.my/…/penarikan-balik-darjah-kebesaran-tun

06 Februari 2018

Pengalaman Ride ke siam

saja nak kongsi ride sebelah tangan masuk pekan siam ni...
lenguh tangan jangan cakap lerr...dengan faktor jalan yang sestengah tu berlopak jenuh aku nak elak...nak elak satu hal.. bergegar tangan ni satu hal rasa macam nak lepas jer handle motor tu.. tapi kalau lepas kang makan jalan jawapnyer... kenderaan sana biasa suka break mengejut so jgn rapat2 sangat kalau takmaw ada masalah
masuk pekan siam ni kena banyak hati2 kalau leka sikit jer umpama kita terlelap..sekelip mata je boleh boleh mengundang bahaya... dan kalau boleh elakkan nak memotong belah kiri jalan biler kita berada dalam pekan siam ni.. bukan aper takut motor lawan arus... bagi depa tu normal laaa... kalau dekat malaysia ni kompom dah kena hon... tapi dekat sana jangan cuba2 ler nak hon.... follow jer laa tempat depa undang2 depa... cuma kita kena hati2 itu ajer... tapi yang best ride sini.. depa semua tak kedekut bateri kasik signal itu yang menarik...setiap kali nak amik simpan kompom ada pasal signal.. tak kira lerr kereta ataw pun motor samer ajerr... jika nak banding ngan tempat aku ni... memang kurang sangat lerr orang masuk simpang ataw nak amik lorong pasang signal...pernah aku kena sekali bagi signal.. tapi signal baru berkelip sekali terus masuk.... perhhh mengagaw aku elak... apa2 pun itulah yang dikatakan pengalaman... dan setiap orang ada cerita tersendiri... jadik cerita pengalaman aku tak sama macam cerita tuan/puan abang/akak adik semua.... sekian...jumpa lagi
#BiarGambarBercerita
#triptothailand #LimitedEdition
#BiarKapchaiJanjiSampai
#modenas #GT128 #BikersKental
#CeritaKita #SyukurSelalu #RapatkanSaf
#KameraTikam #gopro #goprohero4 #hero4
#SayangKetatSendatPadat
#AkuRakyatBiasa
#SuratBawahPintu

24 Januari 2018

Kembara Ini

Suatu hari nanti 
kembara ini pasti pergi
Pergi takkan kembali lagi
Pergi untuk temui Ilallahi
tapi selagi Riwayat berhenti
Takkan aku henti Kembara ini
Bagi mengenal akan diri
Sebagai bekalan Di'Sana' nanti

 

22 Januari 2018

Modenas GT128 terbaekkk

Walaupun ramai yang tak suka engkau sbb tak laju macam motor2 yang lain.. tapi bagi aku...engkaulah yang terbaik dari untuk perjalanan jarak jauh dari semua motor yang telah aku pandu uji.. biarlah apa orang kata yang pasti engkau dah buktikan yang engkau dah berjaya bawak aku hingga melepasi sempadan... Terima kasih #ModenasGT128....
#BiarGambarBercerita
#triptothailand #LimitedEdition
#BiarKapchaiJanjiSampai
#modenas #GT128
#CeritaKita #KameraTikam
#gopro #goprohero4 #hero4
#SayangKetatSendatPadat
#AkuRakyatBiasa
#SuratBawahPintu

15 Januari 2018

Pengalaman pertama Ride jauh dengan sebelah tangan

Kalau bawa kapchai masuk siam tu biasa...
tapi kalau bawak sebelah tangan tu memang kerja gila...

Assalamualaikum semua,
dekat sini aku saja nak kongsikan sikit pengalaman gila aku...
Aku pun tak sangka boleh ride sejauh tu dengan sebelah tangan plak tuu...
mungkin jiwa aku dah sebati dengan motor kot sejak aku sekolah rendah lagi
kalau dulu masa aku pakai superbike 2minggu sekali mesti ride punya.. dan sebulan sekali tu mesti masuk pekan danok pekena ayam goreng, daging bakar, burger cp dan teh ais yang dalam 7eleven dekat sana tu... perhh stimm siott... kalau korang pergi sana tak pekena benda2 tu memang rugi laa... dan kalau dekat 7e di sini (malaysia) ada jual burger cp dan teh / kopi ais tu... aku rasa mcd dengan starbuck boleh turun graf sale mereka hihiii.

mungkin antara sebab tu ler kot aku ride ke sana... lagi pun dah lama aku ride ke sana sejak tahun 1999 aku jatuh superbike masa time kita sambut kong-si raya dulu.. lepas tu ler aku jadi seorang OKU

Sebenarnya sampai ke hari ni pun aku rasa macam mimpi jer yang aku boleh ride sampai sana (thailand)
dalam 100km yang pertama memang rasa biasa tapi selepas itu macam2 laa dia rasa lenguh sana gatai sini.. jenuh tahan lerr sbb nak garu tak boleh hahahahaa... dalam perjalanan ini yang paling aku cuak bila kena potong ngan lori atau bas... korang bayangkan sebelah tangan nak kontrol  kena tarik ngan angin mereka tu... kadang2 tu aku slow jer bagi mereka gi jauh dulu... itu adalah cabaran yang pertama..
yang kedua plak bila aku nak turun dari terowong minora jelapang tu... lagi sekali aku di uji disitu.. dengan selekoh yang tajam ditambah pulak dengan bonggol2 dia disetiap selekoh hanya Tuhan jer yang tahu bagai mana rasanya tangan aku ni... rasa macam nak tercabut pun ader... dah tu nak berhenti memang lerr tak boleh.. mana ada bahu jalan dekat situ lagi pun korang faham2 jer laa turun bukit kot lori bas semua laju2 giler... aku pun maw tak maw kena lerr ikut jugak rentak mereka tu...
dalam perjalanan aku ke thailand ni.. aku berhenti sebanyak 4kali ajer
1st dekat hentian tapah
2nd hentian kuala kangsar
3rd hentian juru
dan 4th hentian gurun...
setiap hentian aku isi minyak serta rest dalam 15-20minit
cuma dekat hentian kedua tu aku rest lama sikit dan hampir aku putus asa
sebab tangan aku ni dah rasa macam lose power tak kebas2 hingga angkat hose pump petrol nak masuk kearah lubang tank motor pun dah gigil siott sampai terpaksa mintak tolong staff untuk isikan minyak motor aku tu... mungkin atas bebanan yang aku hadapi masa aku turun bukit tu kot... masa tu aku dah berfikir balik nak teruskan atau nak tidak...
masa jiwa kata teruskan tapi minda kata jangan sbb fikirkan pasal tangan... last2 hati dok kata.. "alaa ride solo kot.. tak sampai thailand sampai penang pun ok bukan jauh mana lagi dah bukan orang nak marah pun "
jadik aku pun ikutkan jer laa... Akhirnya sampai jugak aku dekat Thailand ....

1st time aku ride masuk thailand pakai kapchai ni terasa best sangat jika dibandingkan masa aku masuk guna superbike dulu... mungkin motor ni slow serta helmet biasa2 kot jadik aku dapat tengok panorama yang menarik dengan jelas jika dibandingkan bila aku bawak superbike dulu aku lebih tumpukan pada jalan serta helmet fullface yang sedikit sebanyak memberi penglihatan yang terhad... dalam hati berkata.."kalau ler tau best ride macam ni dari dulu lagi aku dah selang-seli ride superbike ngan kapcai masuk sini"
tapi apakan daya... kita tak boleh nak undurkan masa... yang dulu biar jadi kenangan..
mungkin kalau aku tak kemalangan..aku pun takkan ride kapchai lagi kot macam sekarang ni masuk thailand... tapi itulah pengalaman... sesungguhnya kita mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan...

Akhir kata.. pada bikers2 or rider2 semua hati2 lah.. bawak motor ni kalau kita langgar orang pun kita sakit.. orang langgar kita lagi lerr kita sakit... buat kot mana pun kita yang kena.... memang lerr ada setengah orang cakap tu boleh claim insuren... tapi kalau dah jadik macam saya ni dapat banyak mana pun tiada nilainya... sekian
#CeritaKita #SayaDanATM
#KameraTikam #LimitedEdison
#SyukurSelalu #RapatkanSaf
#AkuRakyatBiasa #BikersKental
#SayangKetatSendatPadat
#SuratBawahPintu






Ayat Ayat power... pick-up line