28 Oktober 2015

Ingat !!!! ini Bukan Rumah Kita.....


Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali kerumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

Maaf tidak merendahkan Nilai diri


Jati Diri


29 Julai 2015

Sharing is Caring: Lemak Di Bahagian Dalam

Kurus mungkin termasuk dalam senarai, tetapi menggeleber pasti terkeluar. Sesetengah doktor kini percaya bahawa lemak di sekeliling organ seperti jantung, hati dan pankreas boleh menjadi berbahaya (jika tidak lebih berbahaya) sebagai lemak yang anda boleh lihat daripada luar.
Berdasarkan imbasan MRI lebih daripada 800 orang sejak tahun 1994, Dr. J. Bell, seorang profesor pengimejan molekul di London, dan pasukannya mendapati bahawa sebanyak 45 peratus wanita dan hampir 60 peratus daripada lelaki dengan skor indeks berat badan (BMI) normal mempunyai lemak dalaman yang berlebihan. Data ini menunjukkan bahawa jika anda mengekalkan berat badan melalui diet dan bukannya senaman, anda mungkin mempunyai deposit besar lemak dalaman, walaupun anda kurus.

Menurut BMI, ukuran yang membandingkan berat badan dengan ketinggian anda, anda dianggap mempunyai berat badan berlebihan dengan skor 25 hingga 29, dan gemuk pada skor 30 atau lebih tinggi. Tetapi satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mempunyai BMI menghampiri 28 sebenarnya mempunyai lemak badan yang sedikit, dan mereka yang mempunyai BMI serendah 24 mungkin mempunyai terlalu banyak.
Apabila ianya mengenai kesihatan anda, pakar berkata tidak ada jalan pintas. “Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, maka mungkin berdiet mencukupi,” kata Bell. “Tetapi jika anda mahu untuk benar-benar sihat, maka senaman adalah satu komponen penting dalam gaya hidup anda.” Jadi, tidak kira apa jenis badan atau berat badan anda, pergi keluar dan bersenam!

21 Mei 2015

Bukan kerana Aku Benci Malaysia

Kita bising sara hidup naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising sara hidup naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta.
Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki?
Ya... Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

05 Mei 2015

KEMALANGAN DI DUKE : MENGAPA PILIH SIVIL BERBANDING SYARIAH?


1) Semua lapisan masyarakat Malaysia melahirkan kesedihan terhadap insiden kemalangan maut yang menimpa sebuah keluarga di Lebuhraya Duke semalam. Kemalangan yang menyebabkan kematian suami isteri beserta seorang bayi berumur 7 bulan. 

2) Yang menjadi kemarahan awam adalah apabila dilaporkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan berlaku perlumbaan haram antara 6 buah kereta Myvi di tempat kejadian. Apa yang perlu kita fikirkan juga adalah bagaimana nasib 2 orang lagi anak mangsa yang masih lagi kecil untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini tanpa tanggungan ibu bapa disisi.

3) Jika diteliti undang-undang Sivil, diperuntukkan di bawah Seksyen 41 yang pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun. Serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

4) Akan tetapi, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya samada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Bahkan, denda yang dikenakan kepada penjayah tersebut hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa. Melainkan perlu melalui tuntutan file di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos yang berlainan.

5) Ia sangat berbeza dengan ketetapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu 'amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (Ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

6) Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (Dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

7) Walaubagaimanapun para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:
a. Wang Emas – 1,000 dinar
b. Wang Perak – 10,000 dirham
c. Lembu – 200 ekor
d. Kambing – 2,000 ekor
e. Persalinan – 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh. 

8 ) Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai 3 orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar 3 kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

9) Disinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ia bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya. Syariat ini jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya.

28 April 2015

Ke mana pergi subsidi kami?


kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi
turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?

jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...
tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...
tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...
kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...
                                                                     
                                                                                                     








 - Dr MAZA

06 April 2015

Kalau itu sistem kehidupan, Aku rela jadi bodoh


Kita bising sara hidup naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising sara hidup naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta.
Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki?
Ya... Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

Kereta GST dah sampai habaq hang....

Agak-Agak korang la.. dier guna duit mana?
GST tak sampai sebelum lagi depa dah tunjuk keborosan
tak maw komen apa2 lagi... kang ada yang jawab tak suka GST boleh keluar dari malaysia....
apa2 pun SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN......





01 April 2015

Perihal nasik Lemak GST


pagi tadi seperti biasa aku pergi beli nasik lemak dekat gerai selalu aku pergi... dan aku dapati harga nasik lemak telah naik dari rm1.50 kepada rm1.80... lalu aku pun saja jerr tanya makcik tu...

Aku : aik makcik.. semalam rm1.50 hari ni rm1.80.. kalau naik GST 6% pun takkan sampai 30sen..

Makcik : betui tu nak...tapi bahan2 nak buat nasik lemak ni semua kena GST... cili kering 6% ikan bilis 6% santan 6% blaa blaa 6% blaa blaa blaa 6% plastik beg 6%... dah tu berapa makcik nak jual....(nada serba salah)

Aku : (sambil tersenyum) laaa ari tu makcik yang sokong sangat kata bagus GST ni harga barang semua turun.... smile emoticon

Makcik : hmmm makcik dok dengaq iklan dalam tv tu kata bagus sbb tapi la ni baru makcik terasa... frown emoticon

Aku : takper ler makcik semuga nasik lemak ni habis macam biasa lerr.. ni nak bagi taw satu jangan dok percaya sangat dlm tv tu... yg boleh percaya waktu azan jerr... hihiiiii Assalamualaikum....

06 Februari 2015

Kata-kata Indah

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...



“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

 "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

"Seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia"



Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi"

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya"

"Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur"


"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya dengan meminta pertolongan daripada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya"

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka"

04 Februari 2015

Hai MELAYU


HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....

A.Samad Said.

Ingatlah Allah senantiasa disisi


Tanpamu.... Aku separuh mati


30 Januari 2015

Duhai Sahabat


Sakit Itu Anugerah



Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Sakit Itu Anugerah...

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.



8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,

Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Wallahualam