14 September 2018

Pernahkah kita terfikir...???

Pernah terfikir jika hari ini anda buat posting kutuk dan menjatuhkan orang lain. Maka, ramailah orang-orang yang suka membawang turut komen dan siap label kan orang dengan gelaran yang tidak baik.

Tiba-tiba esok anda mati. Mati mengejut tanpa sebarang signal dari اللّهُ swt.

Rupa-rupanya apa yang anda kutuk dan jatuhkan orang tu semuanya fitnah. Tidak ada orang pun yang boleh tolong untuk delete posting tersebut sebab password sudah pergi bersama-sama anda ke dalam liang lahad.

Apa yang anda boleh lakukan untuk betulkan keadaan? Nak bangun dari kubur memang mustahil. Pernah terfikir kalau benar-benar terjadi? Tak jadi tak apa. Tapi kalau jadi?

Sebab itulah.. Fikir masak-masak sebelum buat posting di Facebook. Ajal kita semua hanya Allah swt yang tahu.

Sahabat,

Zaman sekarang zaman fitnah. Facebook juga adalah satu alat yang mudah dan cepat untuk menabur fitnah. Memang sedap menulis posting mengutuk orang lain, memang seronok mengajak orang lain mengherdik orang orang lain.

Namun ingatlah,

Facebook bukan medan untuk menambah dosa. Bukan juga tempat untuk buat orang lain menambah dosa. Apatah lagi untuk “judge” orang lain hanya kerana andaian yang dibuat dan juga cerita yang dibawa oleh orang lain.

Cuba tanya diri anda seketika, apa tujuan aku menulis?
Apa niat aku menggunakan Facebook setiap hari?
Share posting yang baik2...

Bukan acah-acah suci.
Bukan talam dua muka.
Bukan penunggang agama.
Bukan berlakon baik.
Bukan munafik.
Bukan play victim.
Bukan maksum.
Bukan juga daun kesum.

Hanya satu usaha saya untuk mendapat pahala dengan menulis perkara yang baik. Kerana saya juga percaya, Facebook boleh menjadi medan untuk sebarkan #KEBAIKAN. Semoga jadi sebab pahala kita mengalir di akhirat sana. InsyaAllah..

#SuratBawahPintu