17 Jun 2009

Kawan... Tolong Ingatkan Saya...




TOLONG INGATKAN SAYA

Tolong ingatkan saya
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan

Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan


Tolong ingatkan saya
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara

Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
...

Allah berfirman yang bermaksud:


Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran” Surah Al-Asyr...
Jika manusia itu mahu berfikir, mereka tidak akan terdampar ke dalam penyesalan yang tiada berkesudahan. Pada waktu kaya, mereka ingat bahawa kekayaan itu tidak akan kekal sehingga mahu dimanfaatkan kekayaannya itu dengan baik. Sebab ingat bahawa pada suatu masa nanti dapat berganti dengan kemiskinan yang tiada diduga. Seandainya perkara ini terjadi, maka tiada penyesalan baginya, sebab memang sebelumnya telah dibayangkan di mana kehidupan dunia ini penuh dengan segala kemungkinan yang tidak seorangpun yang dapat mengetahui.