21 Julai 2011


Semoga kita boleh berubah menjadi manusia yg lebih baik, Insya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum 
life is full of hustle and bustle,but dont ever feel down Allah is always there for you

Insya Allah hari ni saya ingat nak berkongsi tentang satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini. Tabiat yang kita tak nak buat tapi al maklumlah, manusia biasa yang lemah. Mudah sangat TERbuat, termasuk saya. Perbuatan yang saya maksudkan ialah suka mengata orang a.k.a lebih popular known as mengumpat.

Kebanyakan orang mempunyai pendapat berbeza pasal mengumpat ni. Sometimes, orang akan bercakap seperti ini:

"Aku bukan nak mengata ... tetapi nak berpesan la takot2 korang terkena sekali dengan dia.."
"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
"Aku rasa bersalah gak nak cakap sal hal ni, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Segala macam apa pun alasannya, pokok pangkalnya mengata juge namanya. Seperti gak kita nak beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?

Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedap dan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah diketahui orang. Bak kata pepatah, prevention is better than cure. Jadi apakah petua-petua untuk kita mengelak mengumpat

Ibnu Abbas pernah berpesan -
1) Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2) Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3) Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,: “Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang
lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


Banyak padahnya kalau kita mengumpat. Antara kesan atau implikasi mengumpat ialah :

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

Namun, kita sebagai manusia, sememangnya fitrah untuk memiliki sifat-sifat seperti ini. Tetapi berbekalkan dengan iman dan takwalah kita mampu memandu hati dan diri untuk menghidari perbuatan maksiat ni. Setiap orang adalah orang berdosa (tidak termasuk Nabi kita Rasulullah saw), dan tidak peduli berapa banyak dosa yang kita lakukan, Allah Yang Maha Penyayang dan Pengampun, asalkan kita sedia untuk bertaubat dengan sepenuh hati. Insya Allah. semoga yang baik kita ambil sebagai pengajaran dan teladan.

Wallahua'alam~