14 Mei 2019

Makna Kamera Tikam

Kamera Tikam ni dalam erti kata lain kamera murah yang brand pun tikam... contoh kalau kamera tu brand SONY kamera tikam akan jadik SONI atau SONNY... kalau brand NIKON kamera tikam akan jadik NIXON..NIIKON DAN banyak lagi... Zaman dulu Gopro tak wujud lagi... tapi kalau dah ada.. mungkin GOPRO bertukar jadi GOBRO ATAW COPRO hihiii
kisah kamera tikam ni... bermula pada era 80-90an dahulu, pada ketika itu gambar pun pakai filem lagi... tercetusnya KameraTikam ini apa nak beli kamera tak mampu.. walaupun masa tu harga sebuah kamera yg biasa cuma rm100 sahaja... tapi itu lerr bak kata pepatah hari ni.. “dulu susah tapi senang.. sekarang nampak senang tapi sebenarnya susah” jadi kononnya jalan mudah nak miliki sebuah kamera dengan pergi fun fair baling gelang besi masuk dalam botol atau baling tin bagi mendapat hadiah.. di kawasan utara.. mereka memanggil main tikam... jadi disitu lahirnya #KameraTikam ini... iaitu sebuah kamera yg entah aper jenama yg diprolehi fun fair dengan menikam... kononnya murah.. tapi kalau dikira2 balik... kos dia masa tu sama macam beli sebuah kamera yang berjenama di kedai...