09 Julai 2009

Tugas kita sebagai Manusia

Assalamualaikum...

Menjadi keaiban bagi seorang yang di kurniakan akal fikiran, perasaan dan iradah tetapi hidupnya sebagai orang bodoh, hanya tahu makan dan bersuka suka seperti haiwan, tidak berfikir apakah akan terjadi pada dirinya, tidak mengetahui sesuatu tentang hakikat dirinya dan peranannya
dalam hidup sehingga tiba masa mati.
Ketika itu ia menghadapi kejahilannya dan menyesal.... ...
penyesalan yang tidak berguna lagi.

Hidup ini umpama Duta, mewakili negara ke negara lain.
Mematuhi segala peraturan yang di tetapkansamada suka atau tidak,
namun terpaksa menjalani tugas......tugas sementara.
Pulang ke nagara....dihitung, menerima pembalasan mengikut perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

03 Julai 2009

KAWAN YANG DIHORMATI



kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

kawan...
jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...

aku takkan suruh kau berhenti..
tapi..
mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

kawan..
jika tiba-tiba kau ditinggalkan kekasih kau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun kekasih kau..
tapi..
aku akan
cuba buat kau cintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..
terimalah segala ketentuan Allah...

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...


tetapi kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas messagemu..

aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku..

aku perlukan kau...

untuk mendoakan kesejahteraan aku
kerana aku juga insan biasa...

kekadang alpa dengan dunia..

HATI SEORANG IBU


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua

selepas

mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia

dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza W

ajalla juga secara tegas mengharamkan

segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada

atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah

s.w.t. dalam firman-Nya:


Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya

engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat

baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sa

mpai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduany

a sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang

mulia.” (Surah al-Israa’:23)

Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan

yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka

tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering m

enyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu

yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau

ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau

ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian

pun, kita akan menyebut nama ibu.

Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana

ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang

menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang

mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis

dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai

dengan pengorbanannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan

atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu;

dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Fahamilah bahawa

ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan

kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta

demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa

ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang

pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak.

Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu

bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya

jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.

Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan

sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah

tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya

dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar:

Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa

bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi

tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas

ketika kesakitan melahirkan kamu.

Hari ini kita seharusnya

merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh

segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan

kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka

dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu

tanpa khabar berita, mengherdik ibu,

mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada

yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang

berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri

yang sebenarnya ada keberkatan.

Insaflah, perbuatan menderhakai ibu

bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di

dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan

begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla.

Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka

Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya

telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Marilah kita

bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah

mereka dan carilah keredhaan mereka serta

perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan

memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya

dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh

Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih

sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan

mendidikku semasa kecil.”

(Sural al-Israa’:24)

01 Julai 2009

TalQin Buat Diri



Wahai diri, engkau tahu sebenarnya
Engkau hanyalah hamba paling dhaif
Engkau hamba pada tuan segala tuan
Sewajarnya sifat hamba itu mentaati
Menurut titah tanpa betah tiada bantah
Tapi… bagaimanalah engkau ini oh diri
Acapkali engkau berperan bagai tuan
Lalu layakkah engkau dipanggil hamba???

Oh diri! tidakkah engkau tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau merayu simpati
Kala engkau dililiti kesempitan
Engkau mohon suatu kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam kegundahan
Engkau minta pada-Nya sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu berakhir dan diakhiri
Engkau pula berpaling dari-Nya
Di manakah nilai malu engkau pada-Nya?
Sedangkan pandangan-Nya
tak pernah terlepas daripada engkau
Sedarkah engkau wahai diri….

Hai diri yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati semahunya
Tapi ingatlah! esok engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa rasanya
saat nyawa keluar dari jasad?
Walhal nabi yang mulia itu pun mengerih
dalam kesakitan bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya Fatimah Az-Zahrah sekendi air,
Buat membasah kegeringan tekak yang menahan suatu keperitan,
Ini pula engkau yang setiap detik bergelumang dengan najis noda,
Setiap hari catatan amalan engkau diakhiri dengan lumuran dosa
Lalu patutkah engkau merasa tidak akan melewati kesakitan maut itu,
Bayang-bayangkanlah selalu saat menghadapi kematian itu…
Mungkin masa itu engkau keseorangan….

Aduhai diri! Mahu atau tidak engkau pasti kembali pada-Nya
Setiap diri tetap jua menempuh satu hari bernama kematian
Tiada siapa yang pernah hidup
menongkat dunia selamanya
Sampai waktunya…
engkau akan ke perut bumi jua~ hai diri
Di sana gelap gelita
Di sana amat sempit
Di sana sunyi sepi
Gelap gelita jika engkau datang tanpa amalan
Amat sempit andai engkau bertamu tiada bekalan
Sunyi sepi kalau engkau sampai rohani tak berisi
Mungkinkah…
engkau akan merasai taman-taman Syurga?
Atau akan tersepit di kancah-kancah Neraka?

Duhai diri…. Bersedialah selalu….
Engkau pasti meninggalkan dunia yang fana ini
Percayalah… saat itu;
Batin dan naluri ayah ibumu pasti mejerit….
andai engakau suami,isterimu menjadi balu
anak-anakmu menjadi yatim piatu…
apa yang bertahta di hati terpaksa ditinggalkan
engkau akan terpisah dari segalanya….
Bersediakah engkau wahai diri menanti detik itu?
Apa yang engkau tinggalkan untuk mereka???

Aduhai diri… di sana nanti
Di kampung akhirat; negara abadi
Engkau kelak akan dipertontonkan
autobiografi hidupmu sepanjang usia di dunia
oh! Malunya saat itu nanti…
Apa yang tersembunyi akan terbongkar
yang tersembunyi di dalam dada digambarkan
Engkau tidak mampu lagi berpura-pura…
Segala sandiwaramu jelas kelihatan
Siapa lagi yang bisa engkau tipu tika itu?

Wahai diri yang sering alpa….
Alangkah malangnya nasib engkau
Bila engkau derhaka pada-Nya
Nanti engkau dipanggang dalam perut Jahannam
Tak siapa mengendahkan lolongan engkau itu
Api Jahannam itu wahai diri
Bukankah engkau amat tahu
Sengatannya saja pun tak tertanggung seisi alam
Ingat-ingatlah selalu….
engkau datang sendiri-sendiri
engkau kembali pada-Nya sendirian jua…
menangislah selalu nasib engkau belum tahu….

Jauhi daripada perbuatan yang mendatangkan bala

Assalamualaikum.....

SESUNGGUHNYA bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.

Sebuah hadith yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman / kemaksiatan atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. ”

Huraian:

Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.

Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya.

(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)