14 September 2009

Apakah kesan Ramadhan atas diriku ini…

Ramadhan berlalu dan aku berpuasa didalamnya…

Namun...

SOLATKU masih tidak aku sempurnakan, Tetapi aku tahu solat soalan PERTAMA yang akan ditanya di Akhirat.

AURATKU masih mahu dan bangga aku dedahkan, Sedangkan perintah ALLAH mengharamkannya.

KEDUA IBUBAPA ku yang beriman aku derhakai, Sedangkan SYURGA itu dengan redha MEREKA.

ROKOK TEMAN KARIBKU, Sedangkan ALLAH haramkan mudharat atas ku dan saudara seagama.

IBADAHKU hanya dibulan ramadhan, Sedangkan ISLAM itu sepanjang usia.

RAMADHAN berlalu pergi dan aku lalai lagi gembira, Sedangkan keampuanan berganda didalamnya…Pada masa yang pendek itu, Namun aku tidak ambil peduli akannya.

MATI ITU PASTI, Namun aku masih tiada bekalan untuk menujuNya.

KUBUR ITU KELAM DAN SEMPIT, Kerana aku menjauhi Al-Quran yang mampu melapang dan meneranginya.

SYURGA ITU INDAH, Namun perbuatanku sendiri yang menghalang untuk memasukinya.

NERAKA ITU AMATLAH PEDIH DAN AZABNYA, Tetapi aku sibuk mencari jalan untuk dihumban di dalamnya.

NYAWAKU adalah HAK yang ALLAH beri pinjam sebentar, Namun aku terus merosakkannya.

ADAKAH AMALAN AKU TERIMA OLEH ALLAH ?

…hanya ALLAH YANG MENGETAHUINYA.

Ya ALLAH, Jangan dicabut nyawaku lagi.. Aku mahu Bertaubat dan Berubah…

Di mana Ahli Ilmu Mukmin Sejati, Akanku jejak untuk perolehi ILMU demi-MU Ya ALLAH… SEMOGA AMALAN KU NANTI TIDAK SIA-SIA .. AMIN

04 September 2009

PUASA SI MISKIN




Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

26 Ogos 2009

Ganjaran Memenuhi Dan Merapatkan Saf



Hadith :

Dari Nabi s.a.w, (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda s.a.w, lalu berkata: "(Ya Rasulullah!) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaranyang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?" (mendengar yang demikian) Baginda s.a.w bersabda: " Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan), dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya daripada menurutku."

Jabir r.a

Huraian

Dari Nabi s.a.w, (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda s.a.w, lalu berkata: "(Ya Rasulullah!) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaranyang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?" (mendengar yang demikian) Baginda s.a.w bersabda: " Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan), dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya daripada menurutku."

7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik


7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

25 Ogos 2009

Kenapa "Selamat Berpuasa"???

Mengapa harus diucapkan "SELAMAT bERPUASA"

Setiap kali Ramadhan tiba, pasti dapat bermacam-macam mesej ucapan menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Bermacam-macam gaya ucapan yang diungkapkan kepada saudara se-Islam yang lain bagi menyemarakkan lagi semangat dan ruh bulan Ramadhan ini.

Ucapan yang sering diungkapkan ialah: "Selamat berpuasa", "Selamat berbuka puasa", "Selamat bersahur" dan bermacam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Mungkin ucapan ini diungkap hampir sama seperti ucapan "Selamat hari raya" dan "Selamat menunaikan ibadah Haji". Tapi ada beberapa perkara yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dalam melihat kesesuaian penggunaan ucapan ini lagi untuk generasi seterusnya. Kerana ucapan ini telah menjadi sinonim bagi masyarakat hari ini sedangkan ia ada kelemahan dalam maksud dan doa dalam ucapan ini sendiri.

Berikut saya akan merungkai satu-per-satu kelemahan yang telah dibiasakan dalam masyarakat mengucap ucapan ini kepada saudara-saudara se-Islam yang lain.

Ucapan "Selamat..."

Melihat pendefinasian ucapan "selamat..", ini adalah diucapkan selalunya untuk mendoakan orang yang ditujukan ucapan itu agar ia selamat dalam melakukan sesuatu yang akan dilakukannya. Contoh yang paling jelas ialah apabila kita mengucapkan kepada teman atau saudara kita yang akan berangkat ke perjalanan yang jauh, pasti kita ucapkan "Selamat Jalan" kepadanya. Kerana kita mengharapkan agar dia selamat dalam perjalanannya nanti. Sudah menjadi pengetahuan semua orang bahawa perjalanan yang jauh pasti mendatangkan bencana dan bahaya, mungkin sekali berlaku kemalangan dalam perjalanan itu, nauzubillah. Maka kerana itulah diucapkan "selamat jalan" kepadanya.

Bagaimana pula dengan ucapan "Selamat Datang"??
Ucapan ini pula sering kali digunakan ketika menyambut tetamu yang hadir ke tempat kita. Ucapan ini juga sesuai dengan mendoakan para penziarah serta tetamu tersebut sentiasa dalam keadaan selamat. Kerana mungkin ketika kedatangannya di tempat kita itu boleh juga mendatangkan kemalangan kepadanya seperti kepala terhantuk di pintu rumah sebelum masuk rumah lagi. Atau terduduk di kerusi yang rapuh sehingga menyebabkan tetamu jatuh ketika hendak duduk padanya. Kerana itulah ucapan itu adalah tepat untuk diucapkan.

Pencerahan semula pada kesilapan dalam ucapan "Selamat berpuasa".
Bukanlah suatu kesalahan dalam mengucapkan ucapan ini, tetapi saya ingin mencadangkan kepada penggunaan yang lebih tepat dalam kita ingin membiasakan ucapan ini di kalangan kita semua. Sekiranya kita ingin mengucapkan selamat atas sesuatu perkara, pasti dalam kita hendak melakukan sesuatu itu adalah berbahaya. Jadi saya ingin bertanya para pembaca sekalian, adakah berpuasa itu mampu mendatangkan kebahayaan?

Seolah-olah ucapan ini lebih menakutkan mereka yang baru sahaja ingin memulakan pengalaman dalam berpuasa ini. Kerana ucapan ini boleh dibayangkan, sesiapa yang berpuasa, pasti bahaya datang dan yang lebih menakutkan, boleh membawa kepada maut. Pasti mereka takut untuk berpuasa. Macam Upin dan Ipin yang juga agak ragu-ragu ketika hendak berpuasa. Akhirnya, mereka dapat berpuasa dan terbukti bahawa berpuasa tidak menyebabkan kematian.

Bahkan di bulan Ramadhan, dibuka semua pintu-pintu Syurga untuk hamba-hambaNya yang beribadah di dalam bulan ini, dan ditutup semua pintu-pintu Neraka. Dilapangkan pula pada ahli kubur di bulan ini. Maka seharusnya kita berbangga dengan segala nikmat yang Allah berikan pada bulan ini. Jadi, mengapa perlu takut sekiranya kita dijemput menemui Allah di bulan ini?

Sememangnya wajar kita mengucapkan "Selamat Hari Raya" apabila Hari Lembaran semakin tiba. Kerana memang terdapat banyak kes jika orang ramai ingin pulang ke kampung untuk berhari raya, ada sahaja berita-berita tentang kemalangan-kemalang an yang tidak diingini. Memanglah "malang tidak berbau", tapi kerana itulah kita mendoakan dia agar selamat balik kampung untuk berhari raya. Tapi lain situasinya dengan berpuasa ini. Di bulan Puasa inilah seharusnya kita memberi galakkan kepada orang ramai untuk lebih berpuasa lagi sepertimana yang diperintahkan oleh umat sebelum kita. Bukannya berwaspada dalam berpuasa daripada kematian.

Jadi, apa ucapan yang sepatutnya?

Kita melihat semula objektif puasa itu sendiri apa. Puasa bukan sahaja menahan diri lapar dan dahaga, malah ia juga meletakkan diri kita kepada keadaan yang kita tidak biasa. Daripada selalu makan dan minum pada bila-bila masa, kepada hanya boleh makan pada waktu malam sahaja. Puasa juga menuntut kita agar menjaga pertuturan dan tingkah laku kita supaya tidak berbuat dosa seperti mengumpat, mengeji, mencarut, dan sebagainya. Hal ini perlulah bagi setiap Muslimin untuk berhati-hati sepanjang ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Dalam keadaan umat Islam menjaga diri dan membawa diri mengharungi Madrasah Ramadhan ini, mungkin dirinya itu sedang lesu tidak bermaya, tidak cukup tenaga, akibat semua itu membuatkan dirinya kurang keceriaan dalam membuat sesuatu ibadah. Keadaan inilah memerlukan satu ucapan yang memberangsangkan sebagai motivasi untuk kita meneruskan lagi ibadah puasa yang serba mencabar ini. Maka, mengapa tidak ucapan kita itu berbentuk motivasi supaya kita semua dapat menghidupkan lagi suasana Ramadhan dengan kemeriahan dalam beribadah, bukannya kemeriah berpesta sempena pukul 12 malam nanti.

Dilihatkan pada perayaan lain, ada ucapan yang menggambarkan kemeriahan perayaan mereka. Kerana itulah mereka terus mengucapkan ucapan tersebut supaya sesama mereka itu, dapat memeriahkan perayaan yang mereka tunggukan. Apakah ucapan tersebut? Itulah dia "Happy Deepavali", mungkin itu perayaan agama Hindu, maka kita tidak boleh ikut ya? Bagaimana pula "Happy New Year"? Bagaimana pula "Happy Independence Day"? Semua itu menggambarkan kemeriahan yang ingin dibawa dalam perayaan tersebut. Sedang kita semuanya mengatakan bahawa di dalam bulan Ramadhan adalah bulan berpesta Ibadah. Jadi mengapa kita tidak mahu menggambarkan betapa meriahnya pesta bulan Ramadhan ini. Bukannya meriah pada Bazaar Ramadhan itu, tetapi pada ibadah tersebut.

Maka di sini, saya mencadangkan kepada para pembaca sekalian, serta seluruh umat Islam, agar sama-samalah kita mengucapkan "Happy Berpuasa", atau "Happy Ramadhan" atau yang lebih tepat dan dianjurkan dikalangan umat Islam ialah; "Ramadhan Kareem".

Happy Ramadhan semua!!! Syaitan dah dibelenggu!! ! Siapa lagi yang ingin mengganggu kita untuk beribadah!!! Jom jom jom jom..jom ibadah ibadah!!! hehe