18 Mei 2009

Bila Kita dicintai


Orang Yang Menyintai Kita

1. Orang yang menyintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.

2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang menyintai kita selalu menerima kita seadanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik atau yang tertampan, walaupun kenyataannya kita ada kurangnya dan tidak begitu.

4. Orang yang menyintai kita selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita, kalau boleh dia ingin turut serta.

5. Orang yang menyintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS-nya. Kiriman SMS itulah cara dia menyatakan cintanya, perhatian yang istimewa kepada kita. Dia mungkin tidak mengungkapkan kata ‘I Love You’, ‘Saya Cinta Awak’ atau kata-kata manis dan indah seumpama itu.

6. Jika kita menyambut hari ulangtahun kelahiran dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, dia akan mengirimkan hadiah, setidak-tidaknya dia akan menelefon atau mengirimkan SMS untuk mengucapkan selamat khas buat kita.

7. Orang yang menyintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia telah lalui bersama kita, mungkin kejadian yang kita sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga baginya. Waktu itu matanya pasti berkaca, hatinya menjadi sebak kerana saat bersama kita itu tidak akan selalu terjadi dan mungkin tidak akan berulang lagi.


8. Orang yang menyintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Dia menyematkan kata-kata yang pernah kita ucapkan di hatinya. Entah berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kita tuturkan padanya, kita tidak pernah mengira, kita tidak pernah ambil tahu. Sama ada kita sengaja atau tidak, kita sering melukai hatinya, mungkin telah menghancurkan cintanya. Kita pasti telah lupa, tetapi tidak orang yang mencintai kita.

9. Orang yang menyintai kita akan selalu ingin tahu dan belajar menggemari apa jua kegemaran kita. Kalau boleh dia ingin lebih banyak tahu mengenai sesuatu kegemaran kita, agar dia dapat sama menikmati kegemaran itu. Menjadi pendorong, pengkritik dan penasihat kita. Dia ingin lebih rapat dan dekat dengan kita melalui kegemaran itu. Dia ingin menjadi seseorang yang paling hampir di hati kita, menjadi teman. Sebenarnya dia ingin dirinya ada dan terlibat dalam kehidupan kita, hati kita. Kesukaan kita akan menjadi kesukaannya juga. Walaupun sukar meminati kesukaan atau kegemaran kita, tapi akhirnya dia berjaya

10. Kalau kali terakhir kita bertemu dengannya, kita mungkin sedang sakit atau kurang sihat. Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita kerana dia merasa bimbang tentang kita, dia mengambil berat tentang kita.

11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, temuduga atau akan melalui hari yang penting, dia akan bertanya bila ianya akan berlangsung. Saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ dan cuba mengingatkan kita apa-apa perkara yang perlu, sesuai dengan tujuan kita. Dia juga memberi semangat kepada kita.


12. Orang yang menyintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita ianya sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Dia mahu kita menyimpan atau memakainya dan dia merasa puashati atau bangga kerananya.

13. Orang yang menyintai kita akan terdiam sesaat, ketika kita sedang bercakap di telefon dengannya. Kita merasa hairan, kita mungkin bertanya mengapa dia hanya membisu. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup atau terlalu gembira kerana dapat mendengar suara kita dan bercakap dengan kita, walaupun hanya di telefon. Dia menjadi pendengar yang setia, mungkin hanya menjawab dan bercakap yang perlu dan pendek sahaja.

14. Orang yang menyintai kita selalu ingin berada dekat dengan kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.

15. Jika kita harus berpindah tempat belajar, berpindah tempat kerja atau berpindah tempat tinggal ke daerah lain, dia akan selalu memberikan nasihat atau pesanan agar kita sentiasa menjaga diri dan berhati-hati dengan persekitaran baru itu. Jauh didalam hati, dia sebenarnya takut kehilangan kita seperti pepatah ‘jauh di mata, jauh di hati’.

16. Orang yang menyintai kita bertindak sebagai saudara kita lebih daripada bertindak sebagai seorang kekasih.

17. Orang yang menyintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon atau menghantar SMS kepada kita banyak kali dalam masa sehari, tanpa mengira waktu, siang mahu pun malam. Sebenarnya dia ingin kita tahu dia sedang mengingati kita, memikirkan kita.

18. Orang yang menyintai kita kadang-kadang merindukan kita dan melakukan pekara yang membuat kita merasa terganggu kerananya. Ketika kita menyatakan kita terganggu dengan tindakannya, dia segera memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi kenyataannya dia selalu memungkiri janji itu.

19. Jika kita memintanya dia untuk mengajarkan kita sesuatu, maka dia mengajar kita dengan sangat sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita, menangguhkan permintaan kita juga cuba dielakkannya. Walau sesukar mana permintaan kita, dia tetap mahu mencuba dan berusaha kerana dia tidak mahu menjadi ‘kecil’ di mata kita.

20. Kalau kita melihat telefon bimbitnya, SMS dari kita yang paling banyak disimpannya. Dia menyimpan SMS tersebut dan berulangkali membacanya, tanpa rasa jemu. Dia juga mungkin menyimpan gambar kita, barang pemberian dari kita atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita seperti menyimpan tiket menonton wayang yang telah kita tonton bersama dengannya.

21. Jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan berusaha untuk mendapatkan kembali perhatian dari kita tapi jika kita bertegas dan terus-terusan menolaknya, dia menjauhkan diri dan mungkin akan menghilangkan dirinya dari pandangan kita dan dari kehidupan kita. Dia ingin kita tetap gembira dan bahagia walaupun hatinya sendiri hancur terluka oleh kita.

22. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia masih tetap menunggu kita kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kita.

23.Orang yang begitu menyintai kita, tidak pernah memaksa kita memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui. Dia tidak mahu kita terbeban dengan karenahnya. Saat kita pinta dia pergi, dia berlalu tanpa menyalahkan kita, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.